SEJARAH PENUBUHAN STUDIO SKDH

Image
Idea penubuhan Studio SKDH telah dimulakan seawal Januari 2020 memandangkan keperluan semasa SK Datu' Hashim terhadap keperluan pembelajaran secara maya dan keperluan alat bantu mengajar bagi guru-guru untuk menambah informasi sekolah terutamanya murid-murid selaras dengan Hala Tuju KPM, Program Transformasi Sekolah 2025 (T25) dan juga Standart 1 : pengurusan kepimpinan, Di bawah Aspek 2.4 Pengurusan Sumber pendidikan iaitu Jawatankuasa PSS, Bilik Tayang dan Unit Teknologi. Namun demikian, perlaksanaan secara rasmi telah di gerakkan secara drastik pada 1 Disember 2020 susulan penutupan sekolah kerana Pandemik Coronavirus (Covid-19) yang telah melanda negara bahkan dunia pada Disember 2019.

Idea penubuhan ini telah digerakkan secara bersama melalui perbincangan antara Guru Besar SKDH Pn. Hamidah Binti Abdul Hamid, Ustaz Yusshalimee Bin Harun (Guru Bestari dan Pengarah Produksi), En. Mohd Umzarulisham Bin Umar (Pengarah Grafik Banner / Rakaman) dan Ustaz Mohd Aza Firdaus Bin Zakaria(Pengarah Studio) dan AJK terlibat lain untuk mencari dan dan menjana idea baru dalam bidang penyampaian dan pembelajaran semasa situasi wabak covid-19.

Bertitik tolak daripada keperluan untuk mengerakkan program-program sekolah secara maya untuk menjana idea baharu dalam suasana yang berbeza, pihak Studio SKDH telah berjaya menghasilkan siaran langsung pertama yang dibuat secara live dari studio SKDH pada tarikh 14 dan 17 Disember 2020 secara gilang-gemilang melalui youtube Sekolah. Selepas penubuhan Studio SKDH secara rasmi, pihak Studio SKDH telah Berjaya mengeluarkan beberapa perbincangan ilmiah melibatkan sekolah melalui siaran langsung dari Youtube dan platform lain untuk berhubung. Selain itu, Studio SKDH juga Berjaya membuat beberapa rakaman video dan kreativiti sebagai pengisian dalam youtube termasuk rakaman klip muzik video. Selain itu pihak Sekolah juga telah menerima beberapa orang tetamu dari luar termasuk dari sekolah china untuk berkolaboratif dan juga tetamu yang memberi komitmen untuk berhubung secara langsung semasa siaran langsung termasuk professor dari Universiti dan tetamu dari luar Negara iaitu Karachi. Pihak Studio SKDH juga telah menerima sumbangan daripada beberapa individu dan juga organisasi tertentu termasuk daripada timbalan menteri besar untuk tujuan pembangunan kelengkapan studio SKDH. Buat masa ini, studio masih lagi memerlukan kelengkapan untuk meningkatkan lagi kualiti sebagai sebuah studio untuk kegunaan sekolah.

Semoga melalui platform Studio SKDH ini akan lebih memantapkan lagi gerak kerja penyiaran dan pembelajaran murid di masa akan datang melalui media Maya untuk Sekolah.

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini11
Kelmarin81
Minggu402
Bulan2594
Jumlah92618

Pelawat

  • IP: 44.200.101.84
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

28 September 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.